Wednesday 19 March 2014

Kemasukan Politeknik

Kemasukan Politeknik - Ramai yang bertanyakan admin tentang bilakah tarikh Kemasukan Politeknik akan dibuka? Jadi agar memudahkan rujukan admin dikemudian hari, maka admin mewujudkan blog khas mengenai Kemasukan Politeknik bagi menjawap dan berkongsi maklumat seputar persoalan tersebut.

Permohonan Kemasukan Politeknik.

kemasukan politeknikBuat pengetahuan Anda permohonan untuk memasuki politeknik terbahagi kepada 2:

1) Kemasukan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
2) Kemasukan bagi lepasan Sijil dan Diploma

Syarat Kemasukan Politeknik

Syarat kemasukan ke politeknik adalah berbeza mengikut program dan bidang masing-masing yang ditawarkan:

Lulusan SPM (Politeknik Premier)
Lulusan SPM (Politeknik Konvensional & METrO)
Lulusan SPM (Pra Diploma)
Lulusan Sijil Politeknik
Lulusan Sijil Kolej Komuniti
Lulusan Sijil Institut Kemahiran
Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia
Lulusan Diploma Politeknik
Lulusan Diploma Lanjutan Politeknik

Tarikh semakan kemasukan politeknik

Tarikh semakan kemasukan ke politeknik dibuka pada setiap awal tahun serta akhir tahun:

Awal Tahun: (sekitar pertengahan bulan Januari) bagi kemasukan sesi pengajian bulan Jun setiap tahun. Manakala tarikh tawaran kemasukan akan ditutup pula pada awal bulan April.

Akhir Tahun: (pertengahan bulan Julai) bagi kemasukan sesi pengajian bulan Disember setiap tahun.

Jadi kepada Anda yang sedang menunggu tarikh permohonan dibuka diminta agar cakna dengan tarikh tersebut. Namun begitu perubahan dan pindaan tarikh adalah bergantung kepada pihak Politeknik.

Unik ID

Pemohon perlu membeli Nombor Unik ID Kategori A, B, C atau D (Sila kenalpasti Kategori Anda - Rujuk SINI) berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara yang akan digunakan untuk login borang online.

Pastikan anda telah mempunyai nombor Unik ID yang terdapat pada Slip BSN serta membaca setiap Manual Pengguna bagi pengisian borang permohonan.

Borang Kemasukan Politeknik

Permohonan kemasukan ke politeknik adalah dilakukan secara dalam talian (online), anda dikehendaki layari pautan khas untuk mengisi borang permohonan mengikut jenis kemasukan yang ditawarkan.

Pautan Login Borang:

1) Borang Permohonan untuk lepasan SPM dan SKM: https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/

2) Borang Permohonan untuk lepasan Sijil dan Diploma: http://www.politeknik.edu.my/eborang/logineborang.aspx

Anda perlu login ke halaman borang dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan serta Nombor Unik ID bagi membolehkan anda untuk akses masuk dan melakukan pendaftaran borang online.

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.

Sila gunakan nombor Unik ID yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar. Mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap atau mengandungi maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Keputusan Kemasukan Politeknik

Pautan semakan keputusan permohonan kemasukan ke politeknik di http://upu.mohe.gov.my/ akan dibuka apabila tarikh semakan keputusan diumumkan kelak.

Pertanyaan mengenai Kemasukan Politeknik

Anda boleh melanjutkan pertanyaan anda melalui maklumat dibawah:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313/ 9263
Faks : 03-8891 9319

Kemaskini terkini Kemasukan Politeknik

Sila bookmark blog ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kemasukan politeknik. Klik like/suka dan Get Notification pada Facebook Fanpage: Kemasukan Politeknik untuk peroleh kemaskini terbaru terus ke notifikasi Facebook anda.

Admin berharap perkongsian maklumat di atas berguna dan dapat membantu anda dalam masa yang sama menjawap persoalan yang sering ditimbulkan terutamanya mengenai tarikh permohonan kemasukan politeknik.